Tampilkan postingan dengan label budak. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label budak. Tampilkan semua postingan

Minggu, 16 Maret 2014

Budak Kena Tembak Di Pulau Pinang

Budak 

GEORGETOWN – Lain yang disasar lain pula yang menjadi mangsa. Itu yang berlaku dalam satu kejadian di Pangsapuri Golf View Bukit Jambul di sini apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun menjadi mangsa selepas ditembak seorang lelaki ketika dia menemani bapanya berjumpa rakan di bawah pangsapuri berkenaan malam kelmarin.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 10.45 malam itu, mangsa ketika itu dikatakan berada di sebelah bapanya yang sedang bersembang dengan seorang kenalan di kerusi batu di bahagian bawah pangsapuri berkenaan sebelum didatangi seorang lelaki menunggang motosikal jenis Yamaha LC berwarna putih.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, tinjauan maklumat awal mendapati, suspek dilihat memakai jaket hitam, bertopi kaledar terus melepaskan beberapa das tembakan secara rambang menyebabkan ketiga-tiga mereka lari menyelamatkan diri.

Menurutnya, tembakan suspek yang tersasar turut menyebabkan dua buah kenderaan jenis Nissan Sentra dan Toyota Unser penduduk rosak terkena serpihan tembakan.

Akibat kejadian itu, kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di bahagian kaki selain kepalanya cedera akibat terkena serpihan peluru.

Difahamkan, bapa kanak-kanak berkenaan berusia 33 tahun yang bekerja sebagai penarik kereta dan tinggal di sekitar kawasan Sungai Tiram, Bayan Lepas.

Mazlan berkata, sebaik melihat keadaan anaknya cedera, mangsa dibawa ke sebuah hospital swasta di Bayan Baru di sini bagi mendapatkan rawatan dan difahamkan mangsa dilaporkan berada dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan.

Sementara itu, Mazlan berkata, siasatan awal terhadap bapa mangsa memaklumkan sebelum kejadian dia melihat suspek menunggang motosikal mengelilingi kawasan perumahan berkenaan sebelum melepaskan tembakan ke arah mereka.

Katanya, siasatan polis di tempat kejadian juga menjumpai lapan kelongsong peluru jenis 9 MM bertulis Thai Arms dan dua slug di beberapa tempat di bawah pangsapuri berkenaan.

“Turut ditemui beberapa kesan darah dipercayai darah mangsa dan sepasang kasut miliknya manakala semakan pada kamera litar tertutup hanya fokus pada pintu lif dan pergerakan suspek jauh serta tidak jelas.

“Setakat ini kita masih lagi menyiasat motif sebenar kejadian ini dan kita percayai ia mungkin berkaitan dengan kumpulan pengedaran dadah,” katanya kepada media ketika ditemui di lokasi kejadian kelmarin.

Mazlan berkata, siasatan polis mendapati bapa mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api. – Sinar Harian Online
Read More..

Sabtu, 22 Februari 2014

Pengantin Budak Nikah Usia 13 Tahun

  
Thursday, 22 November 2012 
 
Kedua-dua keluarga setuju untuk menikahkan kanak-kanak berusia 13 tahun itu bersama pasangannya yang berusia 19 tahun. Pix: Harian MetroKedua-dua keluarga setuju untuk menikahkan kanak-kanak berusia 13 tahun itu bersama pasangannya yang berusia 19 tahun. Pix: Harian MetroKULIM: “Saya akan bertanggungjawab malah sudah bersedia untuk menjadi seorang suami yang baik,” kata Mohd Fahmi Alias, 19, yang berkahwin dengan Nor Fazira Saad, 13, di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu.
Mohd Fahmi berkata, dia dan isterinya akan berdikari selain menumpukan perhatian kepada perniagaan keluarga untuk melalui kehidupan sebagai suami isteri.
Menurutnya, atas persetujuan kedua-dua ibu bapa mereka dan untuk mengelak berlaku maksiat adalah lebih baik mereka berdua berkahwin walaupun pasangannya itu masih muda remaja.

“Saya mengambil keputusan itu selepas mengadakan perbincangan dengan Nor Fazira serta keluarganya dan keluarga saya sendiri.

“Kedua-dua ibu bapa kami bersetuju untuk mengahwinkan kami, malah Nor Fazira sendiri sanggup mengalas tanggungjawab dan sudah bersedia menjadi seorang isteri.

“Daripada bergelumang maksiat dan melakukan perkara yang dilarang, jalan terbaik ialah kami berkahwin, walaupun pada pandangan masyarakat ia agak janggal pada zaman sekarang ini kerana berkahwin pada usia terlalu muda.
“Malah saya tidak menghalang sekiranya isteri ingin melanjutkan pelajaran, semua bergantung kepada kepada kemahuannya,” katanya yang ditemui di rumahnya di Kampung Naga Lilit, di sini, semalam.

Katanya, mereka akan mengadakan majlis kenduri di sebelah lelaki pada Sabtu ini di rumah keluarganya.

Mohd Fahmi yang juga anak sulung daripada empat beradik berkata, dia sudah bersedia bergelar suami dan tidak kisah pandangan rakan-rakan seusia.

Isterinya, Nor Fazira tidak mengganggap usia mudanya menjadi penghalang untuk menjadi isteri isteri dan sudah bersedia menjalankan tanggungjawabnya itu.

“Yang penting kami mendapat restu kedua-dua ibu bapa kami dan saya banyak menerima tunjuk ajar daripada keluarga mentua.

“Saya tidak kisah apa orang lain kata, penting perbuatan kami tidak salah, malah adalah lebih baik daripada kami terbabit gejala sosial,” katanya yang tidak bersekolah sejak menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), tahun lalu.

Sementara itu, bapa Nor Fazira, Saad Mustaffa, 43, berkata, tindakannya mengahwinkan anak di usia muda kerana mahu menjaga nama semua pihak dan tidak mahu anaknya terjebak maksiat.

Katanya, dia membenarkan anak gadisnya itu berkahwin kerana Nor Fariza enggan pulang ke rumah dan mahu tinggal di rumah teman lelakinya. “Siapa tak sayangkan anak dan sanggup untuk mengahwinkan mereka dalam usia terlalu muda, namun saya terpaksa juga mengahwinkan anak saya walaupun usianya baru 13 tahun bulan depan.

“Hanya Allah tahu perasaan saya... walaupun pahit demi untuk menjaga nama baik keluarga saya dan keluarga besan lebih baik saya mengahwinkan anak dengan lelaki pilihannya.

“Anak saya bernikah pada 17 November lalu selepas mendapat perintah kebenaran untuk bernikah di bawah umur daripada Mahkamah Rendah Syariah Kulim pada 7 November lalu,” katanya.

Dia berkata, majlis pernikahan mereka berlangsung di Masjid Kampung Padang Cina, di sini, pada 17 November lalu dengan wang hantaran RM4,552 serta mas kahwin RM1,500.

"Saya berharap menantu serta keluarganya membimbing anak saya menjadi anak dan isteri yang baik,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Agama Daerah Kulim, Sheikh Radzi Abdul Mutalib, berkata, bagi perempuan berusia 16 tahun ke bawah dan lelaki berusia 18 tahun ke bawah, mereka perlu mendapatkan perintah mahkamah untuk kebenaran bernikah di bawah umur dari Mahkamah Rendah Syariah Kulim.

“Ia mengikut seksyen 18 (1)(a) Enakmen Undang Undang keluarga Islam Kedah 2008,” katanya.


http://www.hmetro.com.my/myMetro/
Read More..

Selasa, 24 Desember 2013

Lima Kanak Kanak Bergilir Rogol Budak Perempuan 6 Tahun


Kejadian ini berlaku ketika 5 anak itu bermain di pekarangan rumah mereka yang berdekatan di Hutabalang. Seorang anak yang diketahui baru menonton film blue, lalu memanggil Dona, demikian nama samaran yang digunakan menutupi aib kanak-kanak perempuan malang itu. Ketika dipanggil untuk diajak bermain, Dona sedang mengayun adiknya:
Dia dibawa ke sebuah pondok dekat rumahnya. Di situlah 5 kanak-kanak itu menggiliri merogol tubuh Dona. Dona yang masih mentah itu hanya diam saja ketika diperlakukan begitu, “Ternyata ada saksi yang melihat kejadian itu,” terang Kamdani, “Saksi masih anak-anak juga. Dia kemudian menceritakan (yang dilihatnya) itu kepada orangtuanya. Khabar itu lalu sampai kepada orangtua mangsa.”
“Dari hasil pemeriksaan” sambungnya, “memang ada luka akibat benda tumpul pada kemaluan mangsa. Pengakuan para pelaku, salah satu dari mereka ternyata mengaku pernah menonton film porno. Kenapa boleh terjadi perkara sebegini, mungkin pengawasan yang kurang daripada ibu bapa yang patut dipersalahkan. Yang hairan macam mana kanak-kanak kecil ini dapat cerita porno tu. - Informasi
Read More..