Tampilkan postingan dengan label dirampas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dirampas. Tampilkan semua postingan
Kamis, 27 Februari 2014
GAMBAR ‘Ayahanda’ Bertatu Ditahan Pelbagai Senjata Api Dirampas

KUALA LUMPUR – Seramai 34 individu dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap ditahan dalam Ops Cantas Khas Polis Kuala Lumpur dalam tempoh lebih tiga minggu sehingga hari ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata jumlah itu adalah daripada 502 orang yang ditahan atas pelbagai kesalahan jenayah selepas pemeriksaan terhadap 10,126 orang dalam operasi di sekitar Kuala Lumpur.
Beliau berkata dalam serbuan dan pemeriksaan secara terancang di beberapa lokasi ‘hotspot’ pada Sabtu dan Ahad lepas sahaja, seramai tujuh daripada 53 individu yang ditahan terbabit dalam kumpulan kongsi gelap dan pelbagai senjata api dirampas.
“Dalam serbuan ke atas sebuah kereta jenis Toyota Prius Sabtu lepas kira-kira pukul 8.30 malam di hadapan sebuah restoran di Taman Usahawan Kepong, polis menahan dua lelaki dan tinjauan pemeriksaan menemui satu kelopak peluru bersaiz 9mm berisi 10 butir peluru yang disorokkan di dalam poket seluar salah seorang daripada mereka.
“Susulan tangkapan itu, satu lagi serbuan dijalankan di pangsapuri Saujana, Damansara Damai. Seorang lelaki ditahan dan (polis) merampas tiga pucuk pistol semi auto jenama Hammerli P26., G23 Milspec dan PX4 Custom, tiga kelopak peluru berisi 29 butir peluru kapur, sepasang gari ibu jari dan pelbagai komponen pistol,” katanya dalam sidang media di sini, Isnin.
Mohmad berkata seorang daripada tiga yang ditahan mempunyai rekod jenayah lampau bersabit dadah dan polis kini sedang mengesan seorang lagi rakan kumpulan ini yang dikenali sebagai A’wan.
Kesemua mereka ditahan mengikut akta berkaitan senjata api dan samun dan kini direman sehingga 14 September, katanya.

Turut didedahkan dalam sidang media itu ialah penahanan seorang lelaki berusia 40an yang memiliki watikah pelantikan sebagai ‘ayahanda’.
Beliau dipercayai terlibat dengan kumpulan silat. Tiga pucuk pistol palsu dirampas dalam satu serbuan Ahad lepas kira-kira pukul 3.35 pagi di sebuah studio muzik di Taman Sri Rampai.
“Di badan lelaki ini dipenuhi dengan tatoo…kita masih jalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada kumpulan yang disertainya itu adalah pertubuhan haram atau kumpulan kongsi gelap,” katanya.
Mohmad berkata lelaki itu ditahan reman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Akta Pertubuhan 1966. BERNAMA
Rabu, 01 Januari 2014
Dadah bernilai RM75 8j dirampas

Zulkifli menunjukkan barang kes dadah yang dirampas sejak enam tahun lalu.
GELANG PATAH – Polis Johor berjaya merampas 496.9 kilogram dadah pelbagai jenis bernilai RM75.8 juta dalam tempoh 10 bulan pada tahun ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Asisten Komisioner Zulkifli Ali berkata, kesemua rampasan membabitkan 16,006 tangkapan yang dilakukan dari Januari hingga Oktober tahun ini.
Menurutnya, pada tahun lalu, seramai 16,968 tangkapan dengan rampasan 1,100 kilogram dadah bernilai RM90.1 juta dibuat bagi tempoh yang sama.
“Jumlah ini menunjukkan penurunan lima peratus berbanding tahun sebelumnya.
“Kita melihat penurunan ini sebagai satu tanda positif yang kita anggap jenayah sama ada pengedaran dan lain-lain tidak lagi dilakukan di negeri ini hasil tindakan dan pemantaun polis,” katanya selepas menyaksikan pelupusan barang kes berupa dadah di Balai Polis Gelang Patah, di sini, semalam.
Zulkifli berkata, polis turut berjaya menangkap 1,299 pengedar dadah daripada jumlah keselurahan tangkapan dan bakinya merupakan kesalahan memiliki dadah.
Dalam pada itu, beliau memberitahu sebanyak 89.13 kilogram dadah berupa barang kes bagi tempoh enam tahun ini dilupuskan dianggarkan bernilai RM3 juta.
Katanya, ia membabitkan dadah jenis heroin, 10,283.98 gram; ganja (57,602.75g); erimin 5 (709.43g); pil ekstasi (808.17g); ketamin (16,799.88g); methamphetamine (2,896.86g); candu (25.31g) dan pil WY atau kuda (2.72g).
“Kesemua barang kes yang dilupuskan ini telah selesai melalui proses perbicaraan dan rayuan dan telah mendapat perintah mahkamah untuk dilupuskan.
“Ia membabitkan 5,364 kes yang direkodkan sejak enam tahun lalu,” katanya.
Kesemua dadah ini dilupuskan melalui pembakaran di sebuah kilang batu bata di Lima Kedai, di sini.
Langganan:
Postingan (Atom)