Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label kali. Tampilkan semua postingan
Minggu, 29 Desember 2013
BR1M Mungkin Diberi DUA KALI Tahun Depan Jumlah Lebih RM500

Kerajaan bercadang melaksanakan agihan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak dua kali pada tahun depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.Beliau berkata selain itu kaedah penyaluran BR1M juga mungkin dibuat melalui transaksi kepada akaun bank penerima.Sungguhpun begitu, beliau berkata nilai BR1M hanya akan diumumkan pada pembentangan Belanjawan 2014 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, 25 Oktober ini.“Nilai sebenar masih belum dipastikan lagi, tetapi ia lebih daripada RM500 yang diberi sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sekolah Agama Rakyat Ehsaniah di Kampung Dato Ahmad Said Tambahan II, Gugusan Manjoi di Perak hari ini. Katanya kaedah agihan BR1M sebanyak dua kali ini membolehkan penerima menggunakannya secara berhemat berbanding pemberian sekaligus.Ahmad Husni berkata apabila dasar rasionalisasi subsidi dilaksanakan, kerajaan juga sedang meneliti model bantuan terbaik bagi membantu golongan yang mempunyai pendapatan keluarga RM4,000 sehingga RM5,000.“Kerajaan juga melihat bagaimana mahu membantu golongan ini. Ia lebih kepada konteks apabila kerajaan melaksanakan rasionalisasi subsidi, kita juga menyatakan kerajaan akan terus membantu, tetapi kita bantu mereka ini dalam bentuk yang lain, yang ini perinciannya saya tidak boleh beritahu, kita tunggu pembentangan belanjawan nanti,” katanya.Agihan BR1M 1.0 kepada golongan yang layak mula dilaksanakan oleh kerajaan tahun lepas.Bagi BR1M 2.0 yang terkandung dalam pembentangan Belanjawan 2013 oleh Najib di Parlimen pada 28 Sept 2012, bantuan tunai RM500 diberi kepada rakyat Malaysia dengan pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan sementara individu bujang berusia 21 tahun ke atas dan berpendapatan kurang RM2,000 sebulan layak menerima bantuan RM250. – Bernama
Minggu, 15 Desember 2013
Kejinya dia dua kali usaha jual bayinya
7 Desember 2013
Hardin County Detention Center
dailynews.com
Seorang ibu di Kentucky, Amerika Syarikat berusaha menjual bayi baru dilahirkannya. Dia ditangkap atas tuduhan perdagangan manusia.
Portal dailynews melaporkan, Sabtu (7/12), Leeanna Brown, 24 tahun mulanya mencuba menjual bayi pada seseorang tidak disebutkan namanya dengan harga $5,000, namun kesepakatan itu gagal entah apa penyebabnya. Kali kedua dia mencuba memberikan bayi itu pada sepupunya Luonda Martin. Sebagai sebahagian dari kesepakatan seluruh biaya mahkamah dan akte bayi dibayar seluruhnya oleh Martin. Belum ada pengesahan lebih lanjut apakah Martin membayar Brown.
Polis mencurigai kerana Martin mengunggah foto-foto bayi itu dan dia mengaku itu anaknya. Entah kenapa Brown kini menginginkan bayinya kembali. Martin mengatakan Brown memberikan hak penjagaan anak itu pada dia.
Anggota polis, Virgil Willoughby mengatakan sangat marah pada wanita penjual bayi. "Sangat aneh mendapati seorang ibu memberikan anaknya sendiri pada orang A, B, atau C, dan mengambil wang dalam pertukaran itu," ujarnya.
Ternyata bukan hanya ini Brown berurusan dengan pihak polis . Dia sebelumnya pernah ditangkap gara-gara mengutil di kedai. Diketahui dia mempunyai dua anak lagi masing-masing berusia satu dan dua tahun yang sudah diberikan pada keluarga lain.
Kini anak-anak Brown dalam pengasuhan layanan perlindungan anak.

Langganan:
Postingan (Atom)