Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pas. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 08 Februari 2014

PAS jamin Sabah untuk orang Sabah

Harakahdaily
Nazri Abdullah, 21 Okt 2012
KOTA KINABALU: PAS berpendirian bahawa urusan pentadbiran negeri Sabah harus diserahkan kepada orang Sabah yang lebih mengetahui selok belok paermasalahan di sini.

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, sebab itu PAS akan menyerahkan kepada orang Sabah mentadbir negeri ini jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

"Orang Sabah lebih tahu lorong-lorong dia. Oleh itu, pentadbiran, pengrusan Sabah, orang Sabah yang mengurus, dia lebih tahu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika memberikan ucapan penutup pada Konvensyen Politik Baharu Sabah di Star City Convention Centre di sini semalam.

Menurutnya, sudah cukup selama ini rakyat Sabah dipermainkan oleh parti pemerintah demi mengekalkan kuasa mereka bukan sahaja di negeri ini, malah kuasa di pusat.

"Cukuplah Sabah dipermainkan, rakyat dipermainkan.

"Rakyat dibeli untuk undi pilihan raya. Pemimpin dibeli untuk kekal kuasa di pusat," ujarnya lagi.

Beliau turut menyeru kepada rakyat negeri ini untuk membuat perubahan bersama-sama rakyat Semenanjung demi menuju politik baharu Sabah yang lebih mengutamakan rakyat.

Katanya, PAS dan Pakatan Rakyat telah membuktikan kesungguhan dan komitmen mereka membela nasib rakyat, dalam bidang kuasa yang ada di beberapa negeri yang telah diperintah.

Ianya termasuk di Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang, dan pernah di Perak serta di Terengganu.

"Perubahan yang berlaku tidak boleh di Semenanjung sahaja, kena ubah sama-sama.

"Insya Allah, ini kalilah," katanya lagi.

Di Sabah, PAS juga memberi komitmen serupa iaitu mahu memberi keadilan dan hak kepada rakyat seperti yang dituntut oleh agama Islam.

Islam ujarnya menentang sebarang bentuk kezaliman dan menganggap urusan pentadbiran adalah amanah untuk diurus dengan adil kepada rakyat.

"Tak boleh atasi kemiskinan jika pemimpin anggap harta negeri sebagai harta sendiri.

"Selagi tak selesai masalah rakyat di peringkat negeri, tinjauan negeri tidak boleh dipunggah ke pusat," jelasnya.

Sebab itu juga katanya Pakatan Rakyat turut menuntut kenaikan pembayaran royalti darpada 5 peratus kepada 20 peratus.

"Pada kita, 20 peratus sudah boleh selesai masalah rakyat negeri ini.

"Kalau tak selesai, kena tambah lagi (peratusan) itu," katanya.
template joomla
Read More..

Jumat, 07 Februari 2014

6 tokoh Imam Muda isytihar sokong PAS

Harakahdaily, 16 Mac 2013


KUALA LUMPUR: Seramai enam tokoh Imam Muda mengisytiharkan sokongan kepada PAS sempena Xpresi Ulama Muda Haraki yang berlangsung di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol, Perak.

Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairudin Aman Razali mengumumkan perkara itu di pentas expresi tersebut.

Mohd Fakhrurrazi Hussin mewakili 6 orang Imam Muda berucap dan menyatakan sokongan mereka yang tidak berbelah bahagi dan berikrar akan turut membantu perjuangan Islam sehinggalah bumi Allah dapat diimarahkan dengan syariat-Nya.
Selain Mohd Fakhrurrazi (IM Fakhrul), lima lagi Imam Muda berkenaan ialah Khairul Azhar Ghazali (IM Azhar), Abdul Fattah Ridzwan (IM Fatah), Syed Faris Syed Roslan(IM Faris), Megat Mohd Zahid Megat Azmuddin (IM Megat) dan Fakhrulrazi Ibrahim ( IM Ar Razi)

Pilihan raya Umum ke-13 menjadi turning point untuk melakukan perubahan dalam negara kita dan Ulama Muda Haraki akan Memacu Kebangkitan dan Memimpin Perubahan.
Insya Allah seorang lagi tokoh ulama muda negara kita akan turut menyatakan sokongan kepada perjuangan suci ini pada sebelah malam sempena Pentas Ulama Haraki di tapak program yang sama.


Read More..

Rabu, 01 Januari 2014

Calon BN Dan PAS Selesai Mengundi


CALON Barisan Nasional (BN) Dr Ahmad Sohaimi Lazim selesai mengundi dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau hari ini.

Beliau mengundi di Sekolah Kebangsaan Dulang hadir bersama isteri pada pukul 8.30 pagi dengan berbaju Melayu biru.

Dr Ahmad Sohaimi sempat memberikan senyuman kepada para media, seperti dilaporkan Malaysiakini.com.
Beliau turut ditanya sama ada beliau ada merasa gugup, beliau hanya menjawab bahawa semuanya dalam keadaan baik.

“Semuanya ok, kita sudah sampai ke kemuncaknya hari ini,” katanya sambil menunjukkan jarinya yang telah dicalitkan dengan dakwat kekal.

Sementara itu calon PAS Mohd Azam Abd Samat pula juga selesai mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Besar pada pukul 8.26 pagi tadi bersama isterinya.
Beliau mengundi tepat pukul 8.31 pagi.

Pas dan BN bertemu satu lawan satu pada pilihan raya kecil ini bagi menggantikan Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak yang meninggal dunia bulan lepas.

Pas merupakan penyandang di kerusi DUN Sungai Limau sejak tahun 1995.
Sumber : Malaysiakini.com
Read More..

Senin, 16 Desember 2013

Pemuda PAS ucap takziah tingkat keselamatan atlit

Harakahdaily, 06 Jun 2013
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merakamkan ucapan takziah di atas kemalangan yang menimpa adik Muhammad Syafiq Imran Syahril (gambar), pelumba basikal Terengganu sehingga meragut nyawanya semalam.

Dalam kejadian pagi semalam, Allahyarham Muhammad Syafiq Imran sedang mengadakan sesi latihan rutin  bersama rakan-rakannya sebelum terjatuh dan digilis sebuah treler di Kampung Bukit Guntung, Tepoh.

“DPPM menganggap kejadian yang berlaku ke atas Allahyarham Muhammad Syafiq sebagai suatu tragedi malang yang begitu tragis dan menyayat hati,” ujar Ketua DPPM, Nasrudin Hassan.

Katanya, ia adalah suatu suratan takdir yang telah ditentukan oleh Allah SWT terhadap hamba-Nya.

“Semoga kejadian ini memberi pengajaran kepada pasukan Terengganu dan juga negeri-negeri lain agar sentiasa memberi perhatian terhadap keselamatan peserta mereka,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Justeru, Ahli Parlimen Temerloh itu menasihatkan atlit sukan agar sentiasa mengutamakan aspek keselamatan semasa latihan mahupun perlumbaan supaya semua mereka mampu mengharungi acara yang dipertandingkan dengan selamat.

Katanya, kehilangan seorang pemain bererti sebutir bintang yang digilap juga telah hilang dan pergi sekelip mata.

Pastinya, kata beliau kehilangan beliau sukar dicari ganti kerana pasukan tersebut terpaksa mencari pelumba lain yang berbakat besar seperti Allahyarham Muhammad Syafiq.

“DPPM mengharapkan semoga keluarga Allahyarham tabah menghadapi ujian seberat ini dan turut mendoakan agar roh Allahyarham ditempatkan di sisi Allah sebagai hambaNya yang soleh jua,” ujarnya lagi.
Read More..