Tampilkan postingan dengan label spr. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label spr. Tampilkan semua postingan

Senin, 11 Agustus 2014

Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 30 April – SPR

Tarikh Akhir Pembubaran Parlimen 30 April - SPR


KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Khamis memperjelaskan bahawa tarikh sebenar pembubaran Dewan Rakyat secara automatik ialah pada 30 April dan bukan 28 April seperti yang banyak dilaporkan sebelum ini.
Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata ini berikutan tarikh 28 April itu jatuh pada hari Ahad.
Beliau berkata tempoh matang dibawa ke hari Isnin, 29 April dan Dewan Rakyat akan terbubar secara automatik pada tengah malam hari itu bagi membolehkan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan sekiranya tidak dibubarkan lebih awal.
“Perubahan tarikh itu adalah berdasarkan peraturan yang ditetapkan SPR dan disahkan oleh bahagian undang-undang suruhanjaya ini,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
“Ini adalah pengiraan yang dibuat oleh bahagian undang-undang SPR di mana ada tarikh-tarikh cuti yang tidak boleh dikira,” katanya.
Sebelum ini, banyak pihak membuat andaian bahawa Dewan Rakyat sepatutnya terbubar sendiri pada 9 Mac lepas berikutan PRU ke-12 diadakan pada 8 Mac 2008.
Bagaimanapun, tarikh cukup tempoh satu penggal atau lima tahun pilihan raya umum dikira berdasarkan tarikh hari pertama Dewan Rakyat bersidang selepas pilihan raya umum diadakan, bukan berdasarkan tarikh pilihan raya berlangsung.
Dewan Rakyat bersidang buat kali pertama pada 28 April 2008, iaitu 51 hari selepas tarikh PRU ke-12. – BERNAMA
Read More..

Jumat, 20 Desember 2013

Pakatan kumpul bukti penipuan desak SPR siasat

Keadilan Daily

(Oleh Norutul Ilham)

SHAH ALAM 7 MEI: Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali berkata, Pakatan Rakyat sedang mengumpul bukti kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengendalikan pilihan raya umum ke-13.

Kata Azmin, satu laporan khusus berhubung penipuan dan salah laku PRU-13 akan dikeluarkan dengan kerjasama Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih 2.0)

"Kita akan serahkan dengan bukti. Ini bukan perkara baru. Sebelum ini sudah ada ratusan bukti, namun SPR gagal selesaikan," katanya dalam sidang media di pejabat ahli parlimen Shah Alam, hari ini.

Azmin menjelaskan, Pakatan Rakyat menerima banyak laporan dan makluman daripada pengundi sendiri ketika calon melawat tempat membuang undi.

"Ada pengundi yang saya sendiri temui mengatakan nama mereka telah pun ditanda sebagai sudah mengundi. Daripada maklumat yang kita terima, berlaku di seluruh negara.

"Ia turut berlaku di kawasan Meru, Shah Alam, Sekinchan dan Ijok. Ini kita tak boleh terima," tegas Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak.

Justeru kata Azmin, SPR wajib mengambil tindakan segera dan respon kepada setiap laporan yang dibuat kerana Pakatan Rakyat akan turut menyertakan bukti dalam pendedahan.
Read More..