Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label lelaki. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Polis Buru 2 Lagi Lelaki Kes Samun Larikan Gadis


JOHOR BAHRU – Polis memburu dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes samun bersenjata dan melarikan seorang gadis di bandar raya ini, Sabtu lepas.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai saki baki anggota kumpulan jenayah terbabit selepas polis menahan
empat rakan mereka yang berumur lingkungan 20-an di sebuah hotel bajet di Seri Alam, di sini, pada hari yang sama.

“Polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes samun dan tujuh kes pecah rumah yang berlaku sejak awal tahun ini dengan penahanan empat lelaki terbabit.

“Sehubungan itu, pasukan khas yang ditubuhkan sedang berusaha mengesan dua yang lain dan sekiranya gagal, polis akan mengedarkan fotofit mereka bagi membolehkan orang ramai membantu polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa kumpulan terbabit bukan sahaja rakyat tempatan malah pelancong asing di sekitar bandar raya ini.

Mohd Mokhtar berkata dalam kejadian Sabtu itu, keempat-empat lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning terbabit terlebih dahulu menyamun sebuah rumah di Majidee, di sini, sebelum menyamun gadis itu bersama teman lelakinya kira-kira jam 6 pagi, di bangunan JB Waterfront, di sini.

Katanya, selepas melarikan gadis berumur 20 tahun itu, keempat-empat mereka sempat menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, di Seri Alam, di sini, lalu bersembunyi di sebuah hotel bajet di kawasan berhampiran.

Polis yang menerima laporan mengenai kejadian terbabit kemudian menyelamatkan gadis itu dan menahan kesemua lelaki terbabit selepas menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan, 14 jam kemudian.

“Polis merampas pelbagai barangan daripada mereka termasuk tujuh telefon bimbit, 40 biji pil eramin 5, sepaket syabu, 212 unit kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi, sebuah kereta, pisau dan empat parang,” katanya.

Menurut Mohd Mokhtar, keempat-empat suspek yang positif dadah kini direman sehingga Sabtu ini manakala gadis berkenaan dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.- BERNAMA
Read More..

Jumat, 21 Februari 2014

Lelaki Pikul ‘Kediaman’ Ke Kampung Halaman

Rumah

BEIJING – Seorang bekas jurujual di China, Liu Lingchaou, membina sebuah kediaman mudah alih untuk berlindung ketika hujan.
Lelaki berusia 38 tahun itu membina rumah unik itu menggunakan bahan binaan ringan seperti buluh dan plastik.
Lingchaou diberhentikan kerja sejak lima tahun yang lalu dan telah diusir keluar dari rumah.
Dia yang menetap di Shenzhen kemudian mengambil keputusan untuk kembali ke kampung halamannya di daerah Rongan, dalam wilayah Guangxi dengan berjalan kaki.
Menurutnya, rumah mudah alih itu membuatkan dia berasa bebas dan membolehkan dia berlindung semasa hujan.
Lingchaou memikul struktur seberat 60 kilogram itu dengan berjalan kaki sejauh 32 kilometer sehari.
Dia mencari dan menjual botol-botol minuman sepanjang perjalanan tersebut untuk menyara dirinya.
Kediaman itu itu dibina selebar 1.5 meter dengan tinggi dua meter.
Dia kini berada 32 kilometer dari kampung halamannya. – Agensi
Read More..

Kamis, 13 Februari 2014

Lelaki Mati Dicekik Tujuh Wanita


DALAM satu kejadian di Al-Ain, Abu Dhabi, tujuh wanita bertindak mencekik sehingga mati seorang lelaki yang dikatakan mengurung mereka untuk dijadikan pelacur.

Kesemuanya suspek dan mangsa merupakan warganegara Bangladesh.

Menurut pendakwa raya, lelaki berkenaan memperdaya wanita-wanita tersebut dengan berjanji mendapatkan pekerjaan untuk mereka.

Mangsa yang bekerja sebagai pemandu peribadi telah membawa mereka dari Ajman ke Al-Ain.

Bagaimanapun, setibanya di sana, dia kemudiannya bertindak merampas pasport dan mengurung serta memaksa mereka untuk menjadi pelacur.

Bagi melepaskan diri, wanita-wanita tersebut membuat perancangan membunuh lelaki itu dengan salah seorangnya menawarkan khidmat mengurut.

Sebaik sahaja mangsa berbaring, kesemua mereka meluru masuk sebelum bertindak menahan dan mencekik mangsa dengan sehelai kain hingga mati.

Kes tersebut kini dirujuk ke Mahkamah Jenayah di sana.
Oleh: ELZA
Read More..

Kamis, 26 Desember 2013

Menarik Mencari cinta lelaki Turki diekstradisi

Khamis, 22 November 2012 
Kapal pesiar kecil
Ramazan Noyan Culum berlayar dengan kapal pesiar kecil selama delapan bulan.
Seorang lelaki Turki, Ramazan Noyan Culum akan diekstradisi dari England setelah berlayar sejauh 4,000 kilometer untuk mencari seorang wanita Inggeris yang dicintainya.

Culum jatuh cinta dengan wanita Inggeris, Courtney Murray, setelah bertemu di sebuah restoran di Siprus pada 2005. Ketika itu Murray bekerja sebagai pelayan restoran.
Meskipun perempuan Inggeris itu tidak pernah menunjukkan ketertarikan pada Culum dan kembali ke England untuk berkahwin dengan lelaki lain, Culum yakin boleh menaklukannya.

Culum, 38, bahkan menulis blog berkali-kali tentang keinginannya untuk menikahi wanita pujaannya.
Dia mulai berlayar dengan kapal pesiar kecil Ninova dari Bodrum, Turki delapan bulan lalu.

Dalam perjalanannya ke England, dia mengaku pernah ditahan di Itali  dan Sepanyol kerana tidak memiliki dokumen lengkap.
Dia juga mengaku kehilangan pekerjaannya sebagai presiden direktur sebuah perusahaan.

Namun harapannya untuk menemukan Courtney Murray dan melamarnya pupus setelah dia ditahan di perairan Davon Jumaat minggu  lalu (16/11).
Pihak keselamatan mengatakan warga negara Turki tersebut akan dideportasi kerana tidak memiliki paspot maupun visa.Tribunnews.com

  |  Sumber: BBC Indonesia
Read More..