Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label polis. Tampilkan semua postingan
Selasa, 04 Maret 2014
Polis Buru 2 Lagi Lelaki Kes Samun Larikan Gadis

JOHOR BAHRU – Polis memburu dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes samun bersenjata dan melarikan seorang gadis di bandar raya ini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai saki baki anggota kumpulan jenayah terbabit selepas polis menahan
empat rakan mereka yang berumur lingkungan 20-an di sebuah hotel bajet di Seri Alam, di sini, pada hari yang sama.
“Polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes samun dan tujuh kes pecah rumah yang berlaku sejak awal tahun ini dengan penahanan empat lelaki terbabit.
“Sehubungan itu, pasukan khas yang ditubuhkan sedang berusaha mengesan dua yang lain dan sekiranya gagal, polis akan mengedarkan fotofit mereka bagi membolehkan orang ramai membantu polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Mokhtar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa kumpulan terbabit bukan sahaja rakyat tempatan malah pelancong asing di sekitar bandar raya ini.
Mohd Mokhtar berkata dalam kejadian Sabtu itu, keempat-empat lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning terbabit terlebih dahulu menyamun sebuah rumah di Majidee, di sini, sebelum menyamun gadis itu bersama teman lelakinya kira-kira jam 6 pagi, di bangunan JB Waterfront, di sini.
Katanya, selepas melarikan gadis berumur 20 tahun itu, keempat-empat mereka sempat menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, di Seri Alam, di sini, lalu bersembunyi di sebuah hotel bajet di kawasan berhampiran.
Polis yang menerima laporan mengenai kejadian terbabit kemudian menyelamatkan gadis itu dan menahan kesemua lelaki terbabit selepas menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan, 14 jam kemudian.
“Polis merampas pelbagai barangan daripada mereka termasuk tujuh telefon bimbit, 40 biji pil eramin 5, sepaket syabu, 212 unit kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi, sebuah kereta, pisau dan empat parang,” katanya.
Menurut Mohd Mokhtar, keempat-empat suspek yang positif dadah kini direman sehingga Sabtu ini manakala gadis berkenaan dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.- BERNAMA
Kamis, 06 Februari 2014
Polis sahkan terima laporan wartawan dipukul

|
Polis Pulau Pinang mengesahkan menerima laporan kes wartawan dipukul ketika membuat liputan di perhimpunan lilin anjuran pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) bagi menuntut pembebasan aktivis mahasiswa, Adam Adli Abd Halim di Jalan Sungai Dua malam tadi.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Gan Kong Meng berkata pihaknya telah menerima dua laporan daripada petugas media akhbar Cina Nanyang Siang Pau dan berita portal Malaysiakini, masing-masing pada pukul 12.20 tengah malam dan 2.20 petang tadi.
Katanya setakat ini tiada tangkapan dibuat dan polis akan menyiasat penganjuran himpunan itu mengikut Seksyen 9 (1) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan cedera.
"Kita harap perkara ini tidak dijadikan spekulasi oleh mana-mana pihak kerana siasatan akan dijalankan dan menasihati orang ramai bertindak bijak dalam menyuarakan pendapat kerana banyak saluran yang boleh digunakan," katanya ketika ditemui pemberita dalam program Kepolisan Berprofil Tinggi di Kompleks beli belah Bukit Jambul, di Goergetown hari ini.
Semalam, kira-kira pukul 8.30 malam, 30 mahasiswa mengadakan himpunan lilin di hadapan KFC Sungai Dua sebagai simbolik mendesak agar Adam Adli yang direman lima hari dibebaskan.
Himpunan aman itu kemudiannya diganggu sekumpulan lelaki memakai topi keledar yang datang ke lokasi itu dan cuba membangkitkan kemarahan pelajar berkenaan dengan mengutuk tindakan mereka sebelum berlaku kejadian tolak menolak antara kedua-dua belah pihak.
Dua petugas media terbabit merasakan diri terancam dengan tindakan agresif itu selepas mereka ditolak dan ditepis di bahagian lengan serta dihalang daripada merakam gambar kejadian.
Perhimpunan itu dihadiri Timbalan Ketua Menteri 1, Mohd Rashid Hasnon dan Ketua Parti Sosialis Malaysia (PSM) Choo Chon Kai yang turut memberi ucapan di hadapan kumpulan pelajar berkenaan.
-Bernama

Langganan:
Postingan (Atom)