Tanda Putera tak boleh lawan filem Sarjan Hassan actored by P.Ramlee
Rabu, 05 Maret 2014
Pengarah Tanda Putera dakwa disabotaj

| Malaysiakini Sep 2 2013 |
Pengarah filem Tanda Putera Datuk Shuhaimi Baba membidas usaha sabotaj oleh pihak yang tidak menonton filem itu yang dibangkitkan oleh media, berhubung gambar kononnya menunjukkan "kesilapan teknikal" dalam filemnya itu.
Katanya, gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook filem itu dilakukan beberapa bulan lalu, menunjukkan adegan filem yang memasuki 60 peratus siap dan sebelum proses imej janaan komputer (CGI) dilakukan.
"Setelah menjalani proses CGI untuk membuang semua kesan masa, kesilapan tersebut tidak ada dalam filem. Mereka yang menonton filem tidak akan melihatnya.
"Sudahlah gambar-gambar still adegan tersebut yang digunakan oleh pembenci filem ini dicuri daripada Facebook Tanda Putera tanpa kebenaran, gambar itu digunakan pula untuk menghancurkan pemiliknya," katanya.
Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam laman itu, Shuhaimi berkata pihaknya menerima SMS yang mendakwa usaha "pembohongan" itu sengaja dirancang kerana tidak puas hati filem itu ditayangkan, malah membuat penonton gelisah dengan tuduhan itu.
"Pilihan raya sudah selesai, jadi tidak perlulah mempolitikkan segala benda. Kami hanya karyawan filem bukan bertanding dalam pilihan raya. Kami juga cari makan. Jika tidak mahu tengok filem kami, tidak apa.
"Tapi hentilah sabotaj filem kami. Apa dah jadi dengan sesetengah orang Malaysia di alam maya seperti sudah hilang nilai kemanusiaan dengan sumpah seranah yang membimbangkan.
"Kenapa dah jadi kering hati dan kejam tak bersebab? Jika hendak kritik dan beri pandangan, itu kami terima dengan hati terbuka. Tapi mengeji dan menghina itu bukan mengkritik," katanya.
Akui 2 prop silap
Sehubungan itu, Shuhaimi berharap semua pihak memahami jerih perih pembikin filem khususnya berlatarkan sejarah yang dianggapnya satu cabaran besar untuk menarik minat penonton muda.
"Tindakan menghasut dan memfitnah bukan saja merosakkan periuk nasi kami tapi juga merosakkan industri filem tempatan.
"Mujurlah kami menerima banyak sokongan yang cukup mengharukan daripada mereka yang telah menonton dan juga yang belum menonton filem ini. Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami," katanya.
Bagaimanapun, Shuhaimi mengakui terdapat "dua prop yang silap tapi tak berapa jelas" dalam filemnya itu dan mungkin memerlukan dua hingga tiga kali menonton filem sebelum dapat mengesannya.
"Tapi yang ini tidak ada siapa pula yang dapat tangkap. Ada juga filem epik Barat yang jelas nampak prop seperti mikrofon , tapi tak ada pula yang mengadu," katanya.
LIHAT KOMEN PEMBACA

Katanya, gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook filem itu dilakukan beberapa bulan lalu, menunjukkan adegan filem yang memasuki 60 peratus siap dan sebelum proses imej janaan komputer (CGI) dilakukan.
"Setelah menjalani proses CGI untuk membuang semua kesan masa, kesilapan tersebut tidak ada dalam filem. Mereka yang menonton filem tidak akan melihatnya."Sudahlah gambar-gambar still adegan tersebut yang digunakan oleh pembenci filem ini dicuri daripada Facebook Tanda Putera tanpa kebenaran, gambar itu digunakan pula untuk menghancurkan pemiliknya," katanya.
Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam laman itu, Shuhaimi berkata pihaknya menerima SMS yang mendakwa usaha "pembohongan" itu sengaja dirancang kerana tidak puas hati filem itu ditayangkan, malah membuat penonton gelisah dengan tuduhan itu.
"Pilihan raya sudah selesai, jadi tidak perlulah mempolitikkan segala benda. Kami hanya karyawan filem bukan bertanding dalam pilihan raya. Kami juga cari makan. Jika tidak mahu tengok filem kami, tidak apa.
"Tapi hentilah sabotaj filem kami. Apa dah jadi dengan sesetengah orang Malaysia di alam maya seperti sudah hilang nilai kemanusiaan dengan sumpah seranah yang membimbangkan.
"Kenapa dah jadi kering hati dan kejam tak bersebab? Jika hendak kritik dan beri pandangan, itu kami terima dengan hati terbuka. Tapi mengeji dan menghina itu bukan mengkritik," katanya.
Akui 2 prop silap
Sehubungan itu, Shuhaimi berharap semua pihak memahami jerih perih pembikin filem khususnya berlatarkan sejarah yang dianggapnya satu cabaran besar untuk menarik minat penonton muda.
"Tindakan menghasut dan memfitnah bukan saja merosakkan periuk nasi kami tapi juga merosakkan industri filem tempatan."Mujurlah kami menerima banyak sokongan yang cukup mengharukan daripada mereka yang telah menonton dan juga yang belum menonton filem ini. Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami," katanya.
Bagaimanapun, Shuhaimi mengakui terdapat "dua prop yang silap tapi tak berapa jelas" dalam filemnya itu dan mungkin memerlukan dua hingga tiga kali menonton filem sebelum dapat mengesannya.
"Tapi yang ini tidak ada siapa pula yang dapat tangkap. Ada juga filem epik Barat yang jelas nampak prop seperti mikrofon , tapi tak ada pula yang mengadu," katanya.
LIHAT KOMEN PEMBACA

- Swstkiuy Kwngtgy · Pengulas Tertinggi
ManYong Yongtapi filem P.Ramlee lansung tiada tandingan dengan filem Chinadoll Part 1 dan Part 2....aktor dia tu errr......ya..dia lah tu...
Ibnu Ya · Pengulas Tertinggi · The University of Alabamanak tau sapa pencetus rusuhan tanyalah GERAKAN bukanya DAP.kerana tun razak takut pada org cina maka di tariknya GERAKAN masuk be end.DAP tidak sebab semasa tu GERAKAN parti pembangkang cina yg kuat bukan DAP ada faham cai2 umngok????
Tuan Komrad · Pengulas Tertinggi · University Putra Malaysiako kasi la 1000 satu alasan..tapi tak dapat menidakkan yang filem ko berfaktakan AMPU dan PEMBOHONGAN...
Anwas Ibrahis · Pengulas Tertinggipencacai pr ni tak habis2 takut fakta sejarah org nak disabotajnya.
Syam Saad · Pengulas Tertinggi · Bekerja di Adil sejagat entkau pencacai apa pulak
Anas Takiyudin · Pengulas Tertinggi · Founder di Anhada Enterprisebooo... pegi la beli tiket pegi layan.
ManYong Yongbarua-barua pekat pakatan pantat ni memang tak sedar diri...bertobatlah korang sebelum terlambat
Ghafar Ishak · Pengulas Tertinggitiada siapa yg sabotaj filem ...cuma tak laku je ...! aku suka filem sarjan hassan karya p.ramli yg memaparkan penyatuan kaum dan kianat melayu pada melayu sendiri ....
Lihat lagi 14
Selasa, 04 Maret 2014
Polis Buru 2 Lagi Lelaki Kes Samun Larikan Gadis

JOHOR BAHRU – Polis memburu dua lagi lelaki bagi membantu siasatan berhubung beberapa kes samun bersenjata dan melarikan seorang gadis di bandar raya ini, Sabtu lepas.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, kedua-dua suspek itu dipercayai saki baki anggota kumpulan jenayah terbabit selepas polis menahan
empat rakan mereka yang berumur lingkungan 20-an di sebuah hotel bajet di Seri Alam, di sini, pada hari yang sama.
“Polis percaya dapat menyelesaikan 16 kes samun dan tujuh kes pecah rumah yang berlaku sejak awal tahun ini dengan penahanan empat lelaki terbabit.
“Sehubungan itu, pasukan khas yang ditubuhkan sedang berusaha mengesan dua yang lain dan sekiranya gagal, polis akan mengedarkan fotofit mereka bagi membolehkan orang ramai membantu polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Mohd Mokhtar berkata berdasarkan siasatan awal, mangsa kumpulan terbabit bukan sahaja rakyat tempatan malah pelancong asing di sekitar bandar raya ini.
Mohd Mokhtar berkata dalam kejadian Sabtu itu, keempat-empat lelaki yang menaiki sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning terbabit terlebih dahulu menyamun sebuah rumah di Majidee, di sini, sebelum menyamun gadis itu bersama teman lelakinya kira-kira jam 6 pagi, di bangunan JB Waterfront, di sini.
Katanya, selepas melarikan gadis berumur 20 tahun itu, keempat-empat mereka sempat menyamun sebuah kedai serbaneka 24 jam, di Seri Alam, di sini, lalu bersembunyi di sebuah hotel bajet di kawasan berhampiran.
Polis yang menerima laporan mengenai kejadian terbabit kemudian menyelamatkan gadis itu dan menahan kesemua lelaki terbabit selepas menyerbu sebuah bilik di hotel berkenaan, 14 jam kemudian.
“Polis merampas pelbagai barangan daripada mereka termasuk tujuh telefon bimbit, 40 biji pil eramin 5, sepaket syabu, 212 unit kad prabayar pelbagai syarikat telekomunikasi, sebuah kereta, pisau dan empat parang,” katanya.
Menurut Mohd Mokhtar, keempat-empat suspek yang positif dadah kini direman sehingga Sabtu ini manakala gadis berkenaan dibawa menjalani pemeriksaan kesihatan.- BERNAMA
Senin, 03 Maret 2014
Miniatur Kendaraan Tempur yang Keren







































sumber:
dunia-unik.com
dunia-unik.com
Langganan:
Postingan (Atom)